Bab2 : Gergaji

TAJUK :
                    
GERGAJI BESI TANGAN (HAND HACKSAW)


   TUJUAN :

    Diantara berbagai alat pemotong, gergaji tanganlah yang lazimnya digunakan bagi kerja-kerja menggegas untuk memotong logam-logam kecil dan lain-lain. Kertas Penerangan ini akan menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenainya.

PENERANGAN :

Bahagian-Bahagian Gergaji Besi Tangan


Bahagian-bahagian yang terdapat pada gergaji besi tangan ialah:

a) Bingkai

b) Hulu

c) Nat pelaras

d) Mata

Bingkai

          Bingkai gergaji kuat dan teguh untuk memegang mata gergaji semasa ianya tegang dan terdapat dalam berbagai bentuk. Terdapat dua jenis bingkai, iaitu bingkai tetap dan bingkai bolih laras. Bingkai tetap hanya boleh memegang mata gergaji yang sama panjangnya. Sementara bingkai boleh laras boleh memegang mata gergaji yang berlainan panjangnya kerana ia boleh dilaraskan mengikut panjang mata gergaji tersebut.

                                  
Rajah: Jenis-jenis gergaji tangan

Hulu
           Hulu gergaji terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Terdapat hulu bentuk lurus dan hulu bentuk pistol. Pemilihan hulu adalah bergantung pada keselesaan pengguna.

Nat Pelaras
           Nat pelaras membolihkan mata gergaji yang panjangnya berlainan dipegang pada bingkai. Ketegangan mata gergaji itu bolih dilaraskan dengan nat pelaras yang berkepak.

Mata Gergaji

           Mata gergaji diperbuat daripada bahan seperti keluli berkarbon tinggi, keluli tahan lasak, keluli aloi tungsten dan keluli aloi molibdenum. Pemilihan jenis mata gergaji yang bergantung pada kekerasan logam yang hendak dipotong. Mata gergaji yang diperbuat daripada keluli tahan lasak lebih ekonomi dan tidak cepat haus jika dibandingkan dengan jenis yang lain.Panjang mata gergaji ialah antara 255 mm hingga 300 mm untuk gergaji besi tangan.

Jenis- jenis Bilah Mata Gergaji Besi Tangan


           Bilah gergaji tangan terdiri dari dua jenis iaitu jenis yang keseluruhannya keras dan satu lagi jenis yang hanya matanya sahaja yang dikeraskan.

a) Bilah mata keras
            Bilah mata keras dibuat dari keluli tahan lasak (high speed steel) dan digunakan untuk memotong logam-logam yang keras seperti keluli aloi.

b) Bilah mata melentur
            Mata gergaji jenis melentur adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit pada bendakerja. Ia juga sesuai digunakan olih pekerja-pekerja yang kurang mahir mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah.


Penjagaan Gergaji

Mata gergaji akan mudah patah jika sekiranya tidak diambil langkah-langkah penjagaan yang wajar. Untuk itu, perkara-perkara yang berikut harus diberi perhatian:

1. Pilih mata gergaji yang jarak giginya sesuai untuk logam-logam tertentu.
2. Pasangkan mata gergaji dengan arah gigi yang tepat.
3. Logam yang hendak dipotong mestilah dipegang pada ragum dengan betul.
4. Ketegangan mata gergaji mestilah sesuai untuk jenis pemotongan.
5. Gunakan mata gergaji boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit.
6. Kelajuan pemotongan mestilah sesuai.
7. Semasa mengergaji, tekanan pada bendakerja mestilah sesuai dengan jenis logam yang digunakan, samaada logam keras ataupun logam lembut.