Jumaat, 28 Oktober 2011

Mawar Berduri

 
       ~~~Percutian di Cameron Highlands~~~
Cameron Highlands merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia. Apa yang menariknya di sini, pengunjung dapat menikmati pemandangan banjaran gunung yang ditanam dengan tumbuhan teh dan juga bunga-bungaan yang kembang mekar menghiasi sepanjang perjalanan. 

Peserta kursus Pedagogy Siri5/2011 telah merangka satu lawatan kilang di Cameron Highlands yang merupakan satu tuntutan program yang terkandung di dalam kursus Pedagogy. Tujuan program lawatan ini diselitkan di dalam kursus ini adalah untuk memberikan pengajaran dan pengalaman kepada peserta kursus tentang bagaimana merancang dan melaksanakan sesuatu program. Pengetahuan dan pengalaman ini dapat digunakan pada masa hadapan bilamana terlibat dalam perangkaan/pelaksanaan apa-apa program yang bakal dilaksanakan di institut masing-masing.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan