Bab 1 : Mikrometer

TAJUK :            PENGUKURAN LINEAR MENGGUNAKAN TOLOK MIKROMETER

TUJUAN :

Mikrometer adalah alat pengukur linear selain dari Vernier Caliper yang digunakan di bengkel mesin. Ia digunakan untuk mengukur panjang, diameter dan tebal sesuatu benda kerja. Pengukuran menggunakan alat ini adalah lebih jitu jika berbanding vernier caliper. Oleh itu kertas penerangan ini menerangkan lebih mendalam berkaitan dengan mikrometer.

PENERANGAN :

Mikrometer digunakan untuk mengukur benda yang kecil (kurang daripada 25mm). Pengukuran menggunakan mikrometer adalah jitu; boleh mencapai sehingga 0.01mm.

Terdapat dua skala pada mikrometer iaitu skala utama dan skala bidal. Pada skala utama, terdapat laras atas dan laras bawah. Terdapat 25 senggatan pada laras atas dan nilai bagi setiap senggatan iailah 1mm. Laras bawah pada skala utama membahagi dua skala atas di mana nilai setiap senggatan adalah bersamaan 0.5mm. Skala bidal pula adalah dalam bentuk pusingan;setiap satu pusingan penuh adalah bersamaan 0.5mm. Terdapat 50 senggatan pada skala bidal maka, nilai bagi setiap senggatan ialah 1/50 x 0.5mm = 0.01mm

Bahagian – Bahagian Pada Mikrometer Serta Fungsinya.

                                                                         Rajah1

BIL.

BAHAGIAN

FUNGSI

1.

Bingkai (frame)

Berbentuk separuh bulat dan digunakan untuk memegang.

2.

Andas (anvil)

Ianya tetap dan tidak bergerak. Dipasang disebelah kiri bingkai. Sesetengah andas menggunakn tungsten karbida yang di kimpal loyang supaya tahan haus.

3.

Spindal (spindle)

Terletak disebelah kanan dan terdapat benang didalamnya supaya senang dilaras. Digunakan untuk mengambil bacaan dan ia mestilah rata dan bersudut tepat.

4.

Laras (burnel)

Pada bahagian ini terdapat senggatan sebelah menyebelah garisan selari yang menjadi datum pada mikrometer. Laras atas mempunyai 25 senggatan tiap – tiap satunya 1mm. Bahagian bawah pula membahagi 2 senggatan di atas maka tiap senggatan adalah 0.5mm.

5.

Bidal (thimbel)

Muka lilitan bidal di senggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Tiap – tiap satu senggatan persamaan 0.01mm.

6.

Pengajak halus
(ratchet knob)

Terletak dihujung bidal. Kegunaannya adalah untuk memastikan ketepatan ukuran yang di buat kerana ia boleh dikawal dan bagi mengelakkan bidal di putar secara berlebihan. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Tekanan mengukur mestilah tepat dan berdasarkan ras sentuhan.

7.

Locknut

Digunakan untuk mengetatkan burnel daripada berputar dan untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Kaedah Membaca Mikrometer Metrik

1)    Lihat pada laras atas pada skala utama dan catat bacaan (1 sengggatan bersamaan 1mm)
2)    Pada laras bawah, sekiranya terdapat senggatan selepas nilai terakhir pada laras atas, catat bacaan sebagai 0.5mm. Sekiranya tiada senggatan selepas senggatan terakhir pada laras atas, maka bacaan tidak perlu dicatatkan
3)    Tengok pada skala bidal, senggatan yang sejajar dengan garisan lurus pada skala utama menunjukkan nilai bacaan. Tiap-tiap satu senggatan bernilai 0.01mm
4)    Hasil tambah kesemua bacaan ini memberikan nilai ukuran sebenar bahan tersebut.
5)    Lakukan pengukuran kembali dan ambil bacaan sebanyak 3 kali bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat
        
      Contoh 1

          Bacaan senggatan terakhir pada laras atas                     = 11 x 1      = 11.0mm
          Bacaan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm = 1 x 0.5     = 0.50mm
          Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
          melintang pada laras                                                        = 36 x 0.01 = 0.36mm
                                                                                                                         11.86mm

         Contoh 2

          Bacaan senggatan terakhir pada laras atas                      = 21 x 1      = 21.0mm
          Bacaan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm = 1 x 0.5     = 0.50mm
          Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
          melintang pada laras                                                         = 41 x 0.01 = 0.41mm
                                                                                                                          21.91mm

Langkah – Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Mikrometer.

        i.    Pastikan ukuran bersih, bebas dari habuk dan minyak.

       ii.    Perhatikan kedudukan kedudukan sifar pada skala laras dan bidal.

      iii.    Gerakkan spinda perlahan – lahan bila bersentuh dengan bendakerja.

     iv.    Jangan putar bindal berlebihan.

Penjagaan Mikrometer

      i.      Jangan jatuhkan mikrometer.

     ii.      Simpan di tempat yang khas.

    iii.      Jangan mengukur benda kerja yang edang berputar.

   iv.      Bersihkan mikrometer sebelum atau sesudah digunakan.

SOALAN :

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
1. Berikan bahagian – bahagian yang terdapat pada mikrometer.

                ................................................................................................................................................

                ................................................................................................................................................

                 ...............................................................................................................................................

2. Apakah kegunaan penganjak halus ( ratchet screw ).

              ................................................................................................................................................

               ................................................................................................................................................

3. Berikan empat ( 4 ) langkah keselamatan semasa menggunakan mikrometer.

              ................................................................................................................................................

               ................................................................................................................................................

              ................................................................................................................................................

               ................................................................................................................................................

4. Berikan empat ( 4 ) langkah penjagaan mikrometer.

RUJUKAN :
  1. Technology Of Machine Tools,Krar Oswold St. Amand
       McGraw-Hill Ryerson ( 1996 ),Page 105

  1. Fundamentals Of Dimensional Metrology,
       Wilkie Brothers Foundation,
       Ted Busch, Delmear Publisher (1989 ),Page 45.